hari ni dimasjid terjadi peristiwa yang agak memeranjatkan !
ramai anak2 yang sembahyang di belakang and as usual bising2. imam selepas aje salam terus kebelakang dan tampar 2 orang budak. semua terkejut dibuatnya. seorang jemaah, mungkin bapa/keluarga kepada budak tu, dengan berangnya bangun dan terus ke depan ( nak ambil jaket ) walaupun imam tadi sedang beri small talk. yang lain duduk ( as usual ) sampai imam selesai doa. kecoh juga jemaah selepas tu. tapi kerana apa yang di katakan imam tak difahami ( urdhu ! ) gua tak masuk campur. well, apa yang di fikirkan oleh jemaah tentang imam selepas ni ? tunggu dan lihat ajelah. tapi kalau dikira imam sebagai guru agama budak2 tu, memang patutlah. tapi, kat sini tak sama dengan Pakistan/India. kalau kat sekolah tu, cikgu tak boleh pukul murid sebarangan. kalau di madrasah/sekolah agama di pakistan/india tu, tok guru memang biasalah rotan murid. nak bagi faham dan displin diri. ada sekali semasa sarapan di sebuah kedai pakistan di hongkong, tuan punya kedai tu hentam anak dia betul2, sampai kita tak sanggup nak tenguk. sebabnya ialah dia hisap rokok walaupun umur masih muda.